Aku memang nakal sejak
dari sekolah rendah lagi. Aku suka menimbulkan masalah yang remeh seperti
mengacau kawan-kawanku terutamanya perempuan. Ramai mengenali aku kerana
kenakalan aku termasuk cikgu-cikgu. Baru sahaja masuk ke tingkatan satu, aku sudah
mula membuat hal walaupun aku hanya masuk ketika pertengahan tahun. Aku
terlibat dalam satu geng(ustaz kata laa…hahaha) Padahal bukan, itu cuma minat
kami, tarian ‘breakdance’…Aku dan kawan2ku selalu menari masa cikgu tak dak…Dan
kami dihukum kerana cikgu pikir ianya seperti kegiatan satu geng…hahaha… Dari
situ laa aku dikenali cikgu2 sehingga abes tingkatan 3… Lawak jugak bila pikir
balek…hahaha
*********************************************************************
Sekarang aku menjadi
pelajar tingkatan 4…Aku boleh ke bitara tapi sebab aku nak stay sekolah aku,
aku hanya jawab maen2 masa exam khas…hahaha…Hari itu hari pendaftaran pelajar
baru di sekolah aku…Aku diberi mandat menjadi GPS bergerak kepada pelajar dan
ibu bapanya ke hostel…Pelajar lelaki macam aku of course la nakal…hahaha…Jadi,
aku hanya mencuba untuk membantu pelajar perempuan saja…kantoi di
situ…hahaha…sama jugak dengan member aku yang laen…hehehe…
Dalam suasana yang
bising, (biasa la pendaftaran kan, takkan nak senyap macam dalam library pulak)
aku yang dalam keletihan sebab kena jalan kaki ulang alik pegi hostel (bengang
jugak sebab tak dapat naek keta…hahaha) terpandang seorang pelajar baru…of
course la perempuan, takkan aku nak tengok pelajar lelaki pulak…“Comel gak
budak ni…”Itulah 1st impression aku kat budak perempuan tu…Tiba2,
cikgu panggil aku…Terpaksalah aku pisahkan pandangan aku kat budak tu…Abes
cikgu cakap, aku toleh dan budak tu dah tak ada kat situ…Frust tertonggeng
jugak la aku sebab tak sempat tawu nama dia…
Seminggu kami orientasi
macam orang gila…Sebenarnya abang2 dan kakak2 fasi tu la yang
gila…hahaha...Secara kebetolan, budak yang aku usha masa pendaftaran tu, satu
kumpulan dengan aku…Aku tak tawu nama betol dia tapi aku dengar kawan2 dia
panggil dia ‘Geddah’ atau ‘Ged’…Masa tu aku pikir awat la kampong sangat nama
dia…hehehe…Tapi yang aku pelik, rombak la group banyak kali pun, aku tetap
group dengan dia…Masa tu aku tak rasa apa2 pun kat dia just aku rasa dia comel,
tu saja…hahaha…Kami buat macam2 aktiviti tapi aku tak penah tegur dia sekali
pun…Malu kot…hahaha…
Hari2 terakhir
orientasi, pelajar lama dan pelajar baru disatupadukan dalam keluarga pelajar
atau dikenali ‘homeroom’…Program ni macam mentor mentee jugak lah…Tunjuk ajarku
sifu…!!So, nak dijadikan cerita lagi, homeroom aku terpaksa diceraikan sebab
tak ada penasihat… Aku dimasukkan ke homeroom Miss Deepa sebab aku duduk
sebelah member aku Shazril, salah seorang ahli homeroom tu…Lepas itu, ada
perjumpaan homeroom…Aku pun ikut la member aku ni pegi jumpa ahli yang
laen…Betapa terkejut dan seronoknya aku sebab budak yang aku usha tu ahli
homeroom ni jugak…hehehe…
Perjumpaan 1st
ni biasalah, pecahan ais…Kami kena lukis wajah sendiri dan tulis sikit data
tentang diri…So, aku pun lukis lah…Aku ni boleh la dikatakan berkebolehan
meniru lukisan tapi tak pandai melukis…hahaha…Aku tiru gambar passport aku,
muka tembam seyh…padahal gambar darjah 5…hahaha…Tengah duk lukis, sempat lagi
aku usha budak tu…hehehe…Pastu lukisan2 tadi dikutip dan diberi balek secara
random, tak boleh dapat gambar sendiri…Dan kami kena teka siapa pemilik lukisan
tu, dan pemilik akan introduce diri…
Masa aku tengok lukisan
yang aku dapat tu, “Mak aii, lukisan apa ni…?” Lukisan tu perempuan, muka
bujur-bulat, pakai tudung (semua pakai tudung…errr) Yang paling best ada tahi
lalat kecik kat bawah belah kanan mulut (kalau tak silap laa…hehehe) Bagi pulak
data, ‘saya perempuan’, ‘pelajar baru’…Tu saja…?Dah gambar pun pakai tudung,
tak payah la tulis jantina…(-_-“) Aku pun dah pening nak teka sapa…Dalam otak
aku, “Mesti Lat sebab dia ada tahi lalat…” Tiba2 Lat mengaku lukisan dia, Mirul
yang teka… “Ah…sudah…abes tu sapa dalam lukisan ni…?” Aku terpandang budak
comel tu…Aku nampak ada tahi lalat kecik tu… “Mak aii, tahi lalat kecik tapi
dalam lukisan sikit punya besar…”hehehe…Sampai ja turn aku, aku pun dengan
konfederasinya meneka, “Ni mesti Ged kan…?” sambil aku sengih…Dia pun masa tu
terus senyum dan bangun mengaku…Alamak, macam nak patah kaki aku tengok dia
senyum… “Haduh, comelnya dia senyum, tambah pulak pipi chubby macam tu…” Yang
tu saja ada dalam otak aku masa tu…Masa dia introduce diri dia, mata aku tak
lari satu picometer pun dari dia…hehehe…Nama betol dia, Ruwaidah binti Mohd
Hatta…Dan aku tersenyum…
*********************************************************************