Saturday, August 20, 2011

Bab 1



Aku memang nakal sejak dari sekolah rendah lagi. Aku suka menimbulkan masalah yang remeh seperti mengacau kawan-kawanku terutamanya perempuan. Ramai mengenali aku kerana kenakalan aku termasuk cikgu-cikgu. Baru sahaja masuk ke tingkatan satu, aku sudah mula membuat hal walaupun aku hanya masuk ketika pertengahan tahun. Aku terlibat dalam satu geng(ustaz kata laa…hahaha) Padahal bukan, itu cuma minat kami, tarian ‘breakdance’…Aku dan kawan2ku selalu menari masa cikgu tak dak…Dan kami dihukum kerana cikgu pikir ianya seperti kegiatan satu geng…hahaha… Dari situ laa aku dikenali cikgu2 sehingga abes tingkatan 3… Lawak jugak bila pikir balek…hahaha

*********************************************************************

Sekarang aku menjadi pelajar tingkatan 4…Aku boleh ke bitara tapi sebab aku nak stay sekolah aku, aku hanya jawab maen2 masa exam khas…hahaha…Hari itu hari pendaftaran pelajar baru di sekolah aku…Aku diberi mandat menjadi GPS bergerak kepada pelajar dan ibu bapanya ke hostel…Pelajar lelaki macam aku of course la nakal…hahaha…Jadi, aku hanya mencuba untuk membantu pelajar perempuan saja…kantoi di situ…hahaha…sama jugak dengan member aku yang laen…hehehe…

Dalam suasana yang bising, (biasa la pendaftaran kan, takkan nak senyap macam dalam library pulak) aku yang dalam keletihan sebab kena jalan kaki ulang alik pegi hostel (bengang jugak sebab tak dapat naek keta…hahaha) terpandang seorang pelajar baru…of course la perempuan, takkan aku nak tengok pelajar lelaki pulak…“Comel gak budak ni…”Itulah 1st impression aku kat budak perempuan tu…Tiba2, cikgu panggil aku…Terpaksalah aku pisahkan pandangan aku kat budak tu…Abes cikgu cakap, aku toleh dan budak tu dah tak ada kat situ…Frust tertonggeng jugak la aku sebab tak sempat tawu nama dia…

Seminggu kami orientasi macam orang gila…Sebenarnya abang2 dan kakak2 fasi tu la yang gila…hahaha...Secara kebetolan, budak yang aku usha masa pendaftaran tu, satu kumpulan dengan aku…Aku tak tawu nama betol dia tapi aku dengar kawan2 dia panggil dia ‘Geddah’ atau ‘Ged’…Masa tu aku pikir awat la kampong sangat nama dia…hehehe…Tapi yang aku pelik, rombak la group banyak kali pun, aku tetap group dengan dia…Masa tu aku tak rasa apa2 pun kat dia just aku rasa dia comel, tu saja…hahaha…Kami buat macam2 aktiviti tapi aku tak penah tegur dia sekali pun…Malu kot…hahaha…

Hari2 terakhir orientasi, pelajar lama dan pelajar baru disatupadukan dalam keluarga pelajar atau dikenali ‘homeroom’…Program ni macam mentor mentee jugak lah…Tunjuk ajarku sifu…!!So, nak dijadikan cerita lagi, homeroom aku terpaksa diceraikan sebab tak ada penasihat… Aku dimasukkan ke homeroom Miss Deepa sebab aku duduk sebelah member aku Shazril, salah seorang ahli homeroom tu…Lepas itu, ada perjumpaan homeroom…Aku pun ikut la member aku ni pegi jumpa ahli yang laen…Betapa terkejut dan seronoknya aku sebab budak yang aku usha tu ahli homeroom ni jugak…hehehe…

Perjumpaan 1st ni biasalah, pecahan ais…Kami kena lukis wajah sendiri dan tulis sikit data tentang diri…So, aku pun lukis lah…Aku ni boleh la dikatakan berkebolehan meniru lukisan tapi tak pandai melukis…hahaha…Aku tiru gambar passport aku, muka tembam seyh…padahal gambar darjah 5…hahaha…Tengah duk lukis, sempat lagi aku usha budak tu…hehehe…Pastu lukisan2 tadi dikutip dan diberi balek secara random, tak boleh dapat gambar sendiri…Dan kami kena teka siapa pemilik lukisan tu, dan pemilik akan introduce diri…

Masa aku tengok lukisan yang aku dapat tu, “Mak aii, lukisan apa ni…?” Lukisan tu perempuan, muka bujur-bulat, pakai tudung (semua pakai tudung…errr) Yang paling best ada tahi lalat kecik kat bawah belah kanan mulut (kalau tak silap laa…hehehe) Bagi pulak data, ‘saya perempuan’, ‘pelajar baru’…Tu saja…?Dah gambar pun pakai tudung, tak payah la tulis jantina…(-_-“) Aku pun dah pening nak teka sapa…Dalam otak aku, “Mesti Lat sebab dia ada tahi lalat…” Tiba2 Lat mengaku lukisan dia, Mirul yang teka… “Ah…sudah…abes tu sapa dalam lukisan ni…?” Aku terpandang budak comel tu…Aku nampak ada tahi lalat kecik tu… “Mak aii, tahi lalat kecik tapi dalam lukisan sikit punya besar…”hehehe…Sampai ja turn aku, aku pun dengan konfederasinya meneka, “Ni mesti Ged kan…?” sambil aku sengih…Dia pun masa tu terus senyum dan bangun mengaku…Alamak, macam nak patah kaki aku tengok dia senyum… “Haduh, comelnya dia senyum, tambah pulak pipi chubby macam tu…” Yang tu saja ada dalam otak aku masa tu…Masa dia introduce diri dia, mata aku tak lari satu picometer pun dari dia…hehehe…Nama betol dia, Ruwaidah binti Mohd Hatta…Dan aku tersenyum…

*********************************************************************

No comments:

Post a Comment